Rasulullah SAW memakaikan serban kepada Ali RA pada hari Ghadir Khum dengan melepaskan ekor serban di belakangnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل أمدني يوم بدر وحنين بملائكة يعتمون هذه العمة، إن العمامة حاجزة بين الكفر والإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla membantuku dalam perang Badar dan perang Hunain dengan (menghantar) malaikat yang memakai serban seperti ini. Sesungguhnya serban merupakan pemisah (yang membezakan) antara kekufuran dan iman.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis nombor 8183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي- رضي الله عنه-، قال: عممني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يوم غدير خم بعمامة سدلها خلفي، ثم قال: ((إن الله -عز وجل – أمدني يوم بدر وحنين بملائكة يعتمون هذه العمة، إن العمامة حاجزة بين الكفر والإيمان)). ورأى رجلاً يرمي بقوس فارسية، فقال: ((ارم بها)). ثم نظر إلى قوس عربية فقال: ((عليكم بهذه وأمثالها ورماح القنا، فإن بهذه يمكن الله لكم في البلاد، ويؤيدكم في النصر)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (3052)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW memakaikan kepadaku serban pada hari Ghadir Khum dengan melepaskan ekor serban di belakangku. Kemudian baginda bersabda: ((Sesungguhnya Allah Azzawajalla membantuku dalam perang Badar dan perang Hunain dengan malaikat yang memakai serban seperti ini. Sesungguhnya serban merupakan penmisah (yang membezakan) antara kekufuran dan iman. Dan baginda melihat seseorang melontar busur Parsi. Baginda bersabda: ((Memanahlah dengannya!)) Kemudian baginda melihat pada busur Arab. Baginda bersabda: ((Hendaklah kamu menggunakan busur seperti ini atau yang seumpamanya dan tombak, kerana dengan ini Allah akan menempatkan kamu di negeri ini, lalu membantumu meraih kemenangan.))
[Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3052].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs