Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ عز وجل أمدَّني يومَ بدرٍ وحنينٍ بملائكةٍ يعْتمُّونَ هذه العِمَّةِ،إنَّ العمامةَ حاجزةٌ بينَ الكفرِ والإيمانِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azzawajalla membantuku dalam perang Badar dan perang Hunain dengan (menghantar) malaikat yang memakai serban seperti ini. Sesungguhnya serban merupakan pemisah (yang membezakan) antara kekufuran dan iman.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis no. 8183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي- رضي الله عنه-، قال: عممني رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يوم غدير خم بعمامة سدلها خلفي، ثم قال: ((إن الله -عز وجل - أمدني يوم بدر وحنين بملائكة يعتمون هذه العمة، إن العمامة حاجزة بين الكفر والإيمان)). ورأى رجلاً يرمي بقوس فارسية، فقال: ((ارم بها)). ثم نظر إلى قوس عربية فقال: ((عليكم بهذه وأمثالها ورماح القنا، فإن بهذه يمكن الله لكم في البلاد، ويؤيدكم في النصر)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (3052)].
(Sangat Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW memakaikan kepadaku serban pada hari Ghadir Khum dengan melepaskan ekor serban di belakangku. Kemudian baginda bersabda: ((Sesungguhnya Allah Azzawajalla membantuku dalam perang Badar dan perang Hunain dengan malaikat yang memakai serban seperti ini. Sesungguhnya serban merupakan penmisah (yang membezakan) antara kekufuran dan iman. Dan baginda melihat seseorang melontar busur Parsi. Baginda bersabda: ((Memanahlah dengannya!)) Kemudian baginda melihat pada busur Arab. Baginda bersabda: ((Hendaklah kamu menggunakan busur seperti ini atau yang seumpamanya dan tombak, kerana dengan ini Allah akan menempatkan kamu di negeri ini, lalu membantumu meraih kemenangan.)) [Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3052].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman