Rasulullah SAW memakai pakaian berwarna merah pada dua hari raya dan hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يلبس برده الأحمر في العيدين والجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW kebiasaannya memakai pakaian berwarna merah pada dua hari raya dan hari Jumaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما -، قال: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يلبس برده الأحمر في العيدين والجمعة)). [ابن سعد، ابن خزيمة، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم))، هق، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2455)].

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah R.anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kebiasaannya memakai pakaian berwarna merah pada dua hari raya dan hari Jumaat.
[Riwayat Ibn Sa’d, Ibn Khuzaimah, Abu Syeikh dalam Akhlaq Nabi SAW, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2455].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs