TEKS BAHASA ARAB
استسقى رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فخطب قبل الصلاة، واستقبل القبلة، وحول رداءه، ثم نزل، فصلى ركعتين لم يكبر فيهما إلا تكبيرة تكبيرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Rasulullah SAW beristisqa’ (solat minta hujan turun), baginda akan berkhutbah (terlebih dahulu) sebelum solat, kemudian baginda akan menghadap ke arah kiblat dan memusing kain rida’ baginda. Kemudian baginda turun dari mimbar lalu solat dua rakaat dan baginda tidak bertakbir melainkan dengan sekali takbir sahaja.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis nombor 8252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (التكبيرة)) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه-، قال: ((استسقى رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فخَطَبَ قبل الصلاةِ، واستقبلَ القِبْلَةَ، وحَوَّلَ رِدَاءَهُ، ثم نَزَلَ، فَصَلّى ركعتينِ، لم يُكَبِّرْ فيهما إلا تكبيرة تكبيرة)). [طس، ((الضعيفة)) (5632)].
(Munkar dengan tambahan lafaz "takbirah")
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Ketika Baginda beristisqa’ (solat minta hujan turun) maka baginda berkhutbah sebelum solat, menghadap ke arah kiblat dan memusing kain rida’ baginda. Kemudian baginda turun dari mimbar lalu solat dua rakaat dan baginda tidak bertakbir melainkan dengan sekali takbir sahaja.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5632].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.