Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW memakai cincin di sebelah kanan kemudian baginda menukarnya ke sebelah kiri

Teks Bahasa Arab

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم – يَتَخَتَّمُ في يَمِيْنِهِ، ثُمَّ إنَّه حَوَّلَهُ في يَسَارِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Bahawa Rasulullah SAW memakai cincin di sebelah kanan kemudian baginda menukarnya ke sebelah kiri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1626, hadis no. 8218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم – يتختم في يمينه، ثم إنه حوله في يساره)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، ((الضعيفة)) (4263)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW memakai cincin di sebelah kanan kemudian baginda menukarnya ke sebelah kiri. [Riwayat Abu Syeikh dalam Akhlak Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4263].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.