Rasulullah SAW memakai cincin di jari kanan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يتختم في يمينه، وقبض والخاتم في يمينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW kebiasaannya memakai cincin pada jari kanannya dan apabila baginda wafat, cincin masih berada di jari kanan baginda.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis nombor 8242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالتْ: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يتختم في يمينه، وقبض والخاتم في يمينه)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، ((الضعيفة)) (5409)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA berkata: Nabi SAW kebiasaannya memakai cincin pada jari kanannya dan apabila baginda wafat, cincin masih berada di jari kanan baginda.
[Riwayat Abu al-Shaykh dalam Akhlak al-Nabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5409].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.