Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يَتَخَتَّمُ في يَمِيْنِهِ، وقُبِض والخاتم في يَمِيْنِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW kebiasaannya memakai cincin pada jari kanannya dan apabila baginda wafat, cincin masih berada di jari kanan baginda.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis no. 8242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالتْ: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يتختم في يمينه، وقبض والخاتم في يمينه)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، ((الضعيفة)) (5409)].
(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Nabi SAW kebiasaannya memakai cincin pada jari kanannya dan apabila baginda wafat, cincin masih berada di jari kanan baginda. [Riwayat Abu al-Shaykh dalam Akhlak al-Nabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5409].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman