TEKS BAHASA ARAB
كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يلبس قميصا قصير الكمين والطول.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW memakai baju yang lengan bajunya pendek dan juga panjang.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يلبس قميصا قصير الكمين والطول)). [ابن سعد، هـ، عبد بن حميد، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم))، طب، الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (2458)].
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RHUMA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW memakai baju yang lengan bajunya pendek dan juga panjang. [Riwayat Ibn Sa’d, Sunan Ibn Majah, Abd Bin Hamid, Abu Syeikh dalam Akhlaq Nabi SAW, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2458].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.