Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يَلبسُ قميصًا قَصيرَ الكُمَّينِ والطُّول.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW memakai baju yang lengan bajunya pendek dan juga panjang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يلبس قميصا قصير الكمين والطول)). [ابن سعد، هـ، عبد بن حميد، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم))، طب، الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (2458)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RHUMA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW memakai baju yang lengan bajunya pendek dan juga panjang. [Riwayat Ibn Sa’d, Sunan Ibn Majah, Abd Bin Hamid, Abu Syeikh dalam Akhlaq Nabi SAW, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2458].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman