Rasulullah SAW melihat Zainab binti Jahsy

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى زينب بنت جحش فقال: سبحان الله مقلب القلوب. فقال زيد بن حارثة: ألا أطلقها يا رسول الله؟ فقال: أمسك عليك زوجك. فأنزل الله عز وجل: {وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melihat Zainab binti Jahsy, lalu berkata: Maha Suci Allah, yang membolak balikkan jiwa. Zaid bin Harithah bertanya: Perlukan saya menceraikannya, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Dan ketika mana kamu berkata kepada orang yang Allah dan kamu beri nikmat kepadanya; Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu….}

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1114, hadis nombor 5633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن الشعبي أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى زينب بنت جحش فقال: سبحان الله مقلب القلوب. فقال زيد بن حارثة: ألا أطلقها يا رسول الله؟ فقال: أمسك عليك زوجك. فأنزل الله عز وجل: {وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ} (سورة الأحزاب:38) الآية. [عد، الضعيفة (6848)].

(Sangat munkar) Daripada al-Sya‘bi, bahawa Rasulullah SAW melihat Zainab binti Jahsy, lalu berkata: Maha Suci Allah, yang membolak balikkan jiwa. Zaid bin Harithah bertanya: Perlukan saya menceraikannya, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Dan ketika mana kamu berkata kepada orang yang Allah dan kamu beri nikmat kepadanya; Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu….}. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs