Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى زَيْنَبَ بِنْتُ جَحْشِ، فَقَالَ: سُبْحَانَ اللهِ، مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ. فَقَالَ زَيْدُ بْنُ حَاِرثَةِ: "أَلَا أُطَلِّقُهَا يَا رَسُولَ اللهِ؟" فَقَالَ: أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ. فَأَنْزَلَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: {وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ}.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melihat Zainab binti Jahsy, lalu berkata: Maha Suci Allah, yang membolak balikkan jiwa. Zaid bin Harithah bertanya: Perlukan saya menceraikannya, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Dan ketika mana kamu berkata kepada orang yang Allah dan kamu beri nikmat kepadanya; Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu....}
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1114, hadis no. 5633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن الشعبي أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى زينب بنت جحش فقال: سبحان الله مقلب القلوب. فقال زيد بن حارثة: ألا أطلقها يا رسول الله؟ فقال: أمسك عليك زوجك. فأنزل الله عز وجل: {وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ} (سورة الأحزاب:38) الآية. [عد، الضعيفة (6848)].
(Sangat munkar) Daripada al-Sya‘bi, bahawa Rasulullah SAW melihat Zainab binti Jahsy, lalu berkata: Maha Suci Allah, yang membolak balikkan jiwa. Zaid bin Harithah bertanya: Perlukan saya menceraikannya, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Dan ketika mana kamu berkata kepada orang yang Allah dan kamu beri nikmat kepadanya; Kamu perlu jaga dahulu isteri kamu....}. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6848]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman