Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يرى بَأْساً بِقَضَاء رمضان في عشر ذي الحجة.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melihat tidak menjadi satu kesalahan menggantikan puasa Ramadan pada 10 Zulhijah.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis no. 5831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر رضي الله عنه قال: كان لا يرى بَأْساً بِقَضَاء رمضان في عشر ذي الحجة. [طس، الضعيفة (5994)]
(Lemah) Daripada Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Adapun Rasulullah SAW menganggap tidak salah menggantikan puasa Ramadan pada 10 Zulhijah.[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5994]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman