TEKS BAHASA ARAB
ضحكت من ناس يؤتى بهم من قبل المشرق في النكول، يساقون إلى الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku ketawa kerana (diperlihatkan oleh Allah) sekumpulan manusia yang akan dibawa ke syurga melalui arah timur dalam keadaan terikat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis nombor 6821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه، قال: كنتُ مع النبي صلى الله عليه وسلم بالخندق، فأخذ الكرزين فحفر به، فصادف حجراً، فضحك، قيل: ما يضحكك يا رسول الله؟ قال: ضحكت من ناس يؤتى بهم من قبل المشرق في النكول، يساقون إلى الجنة.
[حم، ((الضعيفة)) (4034)]
(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi RA, katanya: Pernah aku bersama Rasulullah SAW ketika perang Khandaq. Baginda mengambil kapak, lalu baginda menggali parit menggunakan kapak tersebut. Lalu pukulan terkena satu batu, baginda pun tertawa. Ditanya kepada baginda: Apakah yang menyebabkan anda ketawa, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku ketawa kerana (diperlihatkan oleh Allah) sekumpulan manusia yang akan dibawa ke syurga melalui arah timur dalam keadaan terikat.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4034]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.