Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW melihat manusia menuju ke syurga ketika perang Khandaq

Teks Bahasa Arab

ضحكتُ من ناسٍ يُؤتى بهم من قِبَلِ المشرقِ في النُّكولِ، يُساقونَ إلى الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Aku ketawa kerana (diperlihatkan oleh Allah) sekumpulan manusia yang akan dibawa ke syurga melalui arah timur dalam keadaan terikat.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa'ad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis no. 6821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه، قال: كنتُ مع النبي صلى الله عليه وسلم بالخندق، فأخذ الكرزين فحفر به، فصادف حجراً، فضحك، قيل: ما يضحكك يا رسول الله؟ قال: ضحكت من ناس يؤتى بهم من قبل المشرق في النكول، يساقون إلى الجنة. [حم، ((الضعيفة)) (4034)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa'ad al-Sa'idi RA, katanya: Pernah aku bersama Rasulullah SAW ketika perang Khandaq. Baginda mengambil kapak, lalu baginda menggali parit menggunakan kapak tersebut. Lalu pukulan terkena satu batu, baginda pun tertawa. Ditanya kepada baginda: Apakah yang menyebabkan anda ketawa, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku ketawa kerana (diperlihatkan oleh Allah) sekumpulan manusia yang akan dibawa ke syurga melalui arah timur dalam keadaan terikat. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4034]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.