Rasulullah SAW melihat kepada sekumpulan manusia yang telah datang

TEKS BAHASA ARAB

نظر رسول الله ﷺ إلى عصابة قد أقبلت، قال: أتتكم الأزد أحسن الناس وجوها، وأعذبه أفواها، وأصدقه لقاء. ونظر إلى كبكة قد أقبلت، فقال: من هذه؟ قالوا: هذه بكر بن وائل، فقال رسول الله ﷺ: اللهم اجبر كسره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melihat kepada sekumpulan manusia yang telah datang lalu bersabda: “Telah datang kepada kalian bani al-Azd, manusia yang paling elok wajahnya, paling baik tutur katanya dan paling jujur ketika bertemu.” Kemudian baginda melihat kepada sekumpulan manusia yang lain datang dan bertanya: “Siapakah mereka?” Mereka menjawab: “Ini bani Bakar bin Wail.” Baginda bersabda, “Ya Allah, perbaikilah perpecahan mereka.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis nombor 9065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن أبي صعصعة، قال: نظر رسول الله ﷺ إلى عصابة قد أقبلت، قال: أتتكم الأزد أحسن الناس وجوها، وأعذبه أفواها، وأصدقه لقاء. ونظر إلى كبكة قد أقبلت، فقال: من هذه؟ قالوا: هذه بكر بن وائل، فقال رسول الله ﷺ: اللهم اجبر كسره. [ابن منده، طس، ((الضعيفة)) (1701)]

(Palsu) Daripada Abdul Rahman bin Abu So’so’ah berkata: Rasulullah SAW melihat kepada sekumpulan manusia yang telah datang lalu bersabda: “Telah datang kepada kalian bani al-Azd, manusia yang paling elok wajahnya, paling baik tutur katanya dan paling jujur ketika bertemu.” Kemudian baginda melihat kepada sekumpulan manusia yang lain datang dan bertanya: “Siapakah mereka?” Mereka menjawab: “Ini bani Bakar bin Wail.” Baginda bersabda, “Ya Allah, perbaikilah perpecahan mereka.” [Riwayat Ibn Mandah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Ausat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1701]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs