Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتَتْكُم الأَزدُ أحسَنُ النَّاسِ وجوهًا، وأعذَبُه أفواهًا، وأصدقُه لقاءً.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melihat kepada sekumpulan manusia yang telah datang lalu bersabda: “Telah datang kepada kalian bani al-Azd, manusia yang paling elok wajahnya, paling baik tutur katanya dan paling jujur ketika bertemu." Kemudian baginda melihat kepada sekumpulan manusia yang lain datang dan bertanya: “Siapakah mereka?” Mereka menjawab: "Ini bani Bakar bin Wail.” Baginda bersabda, “Ya Allah, perbaikilah perpecahan mereka.”
Sahabat Perawi
- Abdul Rahman bin Abu So’so’ah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis no. 9065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الرحمن بن أبي صعصعة، قال: نظر رسول الله ﷺ إلى عصابة قد أقبلت، قال: أتتكم الأزد أحسن الناس وجوها، وأعذبه أفواها، وأصدقه لقاء. ونظر إلى كبكة قد أقبلت، فقال: من هذه؟ قالوا: هذه بكر بن وائل، فقال رسول الله ﷺ: اللهم اجبر كسره. [ابن منده، طس، ((الضعيفة)) (1701)]
(Palsu) Daripada Abdul Rahman bin Abu So’so’ah berkata: Rasulullah SAW melihat kepada sekumpulan manusia yang telah datang lalu bersabda: “Telah datang kepada kalian bani al-Azd, manusia yang paling elok wajahnya, paling baik tutur katanya dan paling jujur ketika bertemu." Kemudian baginda melihat kepada sekumpulan manusia yang lain datang dan bertanya: “Siapakah mereka?” Mereka menjawab: "Ini bani Bakar bin Wail.” Baginda bersabda, “Ya Allah, perbaikilah perpecahan mereka.” [Riwayat Ibn Mandah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Ausat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1701]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman