Rasulullah SAW melihat Allah SWT di Mina ketika hari Nafar

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ربي بمنى عند النفر، على جمل أورق، عليه جبة صوف، أمام الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku melihat Tuhanku di Mina ketika hari Nafar (hari melontar jamrah). Dia (Tuhan) berada di atas unta, berwarna perak keabuan, dan berpakaian jenis bulu di depan para manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis nombor 2852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي رزين لقيط بن عامر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((رأيت ربي بمنى عند النفر، على جمل أورق، عليه جبة صوف، أمام الناس)). [ابن عساکر، ((الضعيفة))(6330)]

(Palsu)
Daripada Abu Razin Laqit bin Amir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku melihat Tuhanku di Mina ketika hari Nafar (hari melontar jamrah). Dia (Tuhan) berada di atas unta, berwarna perak keabuan, dan berpakaian jenis bulu di depan para manusia.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6330]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs