Rasulullah SAW melihat aku (Umayyah bin Khalaf) yang tengah membawa seekor burung pipit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رآني (أمية بن خلف) رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى يدي صرد فقال: هذا أول طائر صام يوم عاشوراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasulullah SAW melihat aku (Umayyah bin Khalaf) yang tengah membawa seekor burung pipit. Baginda bersabda : ini adalah burung yang pertama berpuasa pada hari Asyura’.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 87, hadis nombor 216. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الحاكم: هو من الأحاديث التي وضعتها قتلة سيدنا الحسين وهو باطل.

Al-Hakim berkata: Ini termasuk hadith-hadith yang direka pembunuh Husain. Ia batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.