TEKS BAHASA ARAB
نهانا عن لبس الذهب، وتفضيض الأقداح؛ فكلمه النساء في لبس الذهب، فأبى علينا، ورخص لنا في تفضيض الأقداح.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melarang kami memakai emas, dan menyadur bekas dengan perak. Lalu para wanita berbincang dengan baginda mengenai pemakaian emas. Baginda menolak permintaan kami itu dan memberi kebenaran kepada kami untuk menyadurkan bekas dengan perak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1640, hadis nombor 8294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم عطية – رضي الله عنها-، قالتْ: ((نهانا – صلى الله عليه وسلم – عَنْ لُبْسِ الذَّهَبِ، وَتَفْضِيضِ الأَقْدَاحِ؛ فَكَلَّمَهُ النِّسَاءُ فِي لُبْسِ الذَّهَبِ، فَأَبَى عَلَيْنَا، وَرَخَّصَ لَنَا فِي تَفْضِيضِ الأَقْدَاحِ)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (6278)]
(Lemah)
Daripada Ummu Atiyyah RA beliau berkata bahawa: Rasulullah SAW melarang kami memakai emas, dan menyadur bekas dengan perak. Lalu para wanita berbincang dengan baginda mengenai pemakaian emas. Baginda menolak permintaan kami itu dan memberi kebenaran kepada kami untuk menyadurkan bekas dengan perak. (Hadis ini bertentangan dengan hadis sahih yang membenarkan wanita memakai emas).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6278].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.