Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهى أن يُلبسَ السلاحُ في بلادِ الإسلامِ في العيديْنِ ؛ إلا أن يكونوا بحضرةِ العدوِّ
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang untuk menyarung senjata di negara Islam ketika dua hari raya melainkan ketika berhadapan dengan kehadiran musuh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis no. 5236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: نهى أن يلبس السلاح في بلاد الإسلام في العيدين إلا أن يكونوا بحضرة العدوّ. [ه, الضعيفة (5654)]
(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW melarang untuk menyarung senjata di negara Islam ketika dua hari raya melainkan ketika berhadapan dengan kehadiran musuh. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5654]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman