Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى - صلى الله عليه وسلم - أنْ يُسَمَّى كلبٌ وكَلِيبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang untuk menamakan (anak) dengan kalbun (anjing) dan kulayb (anjing kecil).
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis no. 1134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة - رضي الله عنه -، قال: ((نهى - صلى الله عليه وسلم - أن يسمى كلب وكليب)). [عق، طب، ((الضعيفة)) (4709)]
(Daif) Daripada Buraidah RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang untuk menamakan (anak) dengan kalbun (anjing) dan kulayb (anjing kecil). [Riwayat al-Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4709]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman