TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – أن تزوج المرأة على العمة والخالة، قال: إنكن إذا فعلتن ذلك قطعتن أرحامكن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melarang untuk memadukan wanita dengan ibu saudara sebelah bapa dan ibunya, lalu bersabda: Apabila kalian (wahai wanita) melakukan sebegitu, nescaya kalian telah memutuskan silaturahim.
STATUS
Munkar dengan tambahan: perenggan kedua
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis nombor 5008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: الشطر الثاني)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: نهى – صلى الله عليه وسلم – أن تزوج المرأة على العمة والخالة، قال: ((إنكن إذا فعلتن ذلك قطعتن أرحامكن)).
[حب، طب، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6528)].
(Munkar dengan tambahan: perenggan kedua)
Daripada Ibn ‘Abbas RA: Rasulullah SAW melarang untuk memadukan wanita dengan ibu saudara sebelah bapa dan ibunya, lalu bersabda: “Apabila kalian (wahai wanita) melakukan sebegitu, nescaya kalian telah memutuskan silaturahim”.
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih beliau, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Abdul Barr dalam al-Istizkar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6528].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.