Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عنِ المواقَعةِ قبلَ المداعبةِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang untuk melakukan persetubuhan sebelum melakukan percumbuan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis no. 4677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: نهى عن المواقعة قبل المداعبة. [خط، ابن عساكر، النجيرمي في الفوائد المنتخبة من أصول مسموعاته، الضعيفة (432)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW melarang untuk melakukan persetubuhan sebelum melakukan percumbuan. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, dan al-Nujairami dalam al-Fawaid al-Muntakhabah min Usul Masmu’aatih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 432].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman