Rasulullah SAW melarang umatnya bertelanjang

TEKS BAHASA ARAB

ألم أنهكم عن التعري؟ ! إن معكم من لا يفارقكم في نوم ولا يقظة، إلا حين يأتي أحدكم أهله، أوحين يأتي الخلاء، ألا فاستحيوا لها فأكرموها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah aku melarang kalian bertelanjang? Sesungguhnya bersama kalian suatu makhluk yang tidak akan meninggalkan kalian sama ada ketika kaliam tidur mahupun ketika sedar, melainkan ketika kalian sedang melakukan jimak atau ketika kalian masuk ke bilik air. Tidakkah kalian malu dengannya? maka muliakanlah ia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ألم أنهكم عن التعري؟ ! إن معكم من لا يفارقكم في نوم ولا يقظة، إلا حين يأتي أحدكم أهله، أوحين يأتي الخلاء، ألا فاستحيوا لها فأكرموها)). [هب، ((الضعيفة)) (2300)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Thabit RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidakkah aku melarang kalian bertelanjang? Sesungguhnya bersama kalian suatu makhluk yang tidak akan meninggalkan kalian sama ada ketika kaliam tidur mahupun ketika sedar, melainkan ketika kalian sedang melakukan jimak atau ketika kalian masuk ke bilik air. Tidakkah kalian malu dengannya? maka muliakanlah ia.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2300].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.