Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألم أَنْهَكُمْ عن التَعَرِّي؟! إن معكم مَن لا يُفارِقُكم في نَوْمٍ ولا يَقَظَةٍ، إلا حينَ يأتي أحدُكم أهلَه، أو حين يأتي الخلاءَ، ألا فاستَحْيُوا لها فأكرِمُوها.
Teks Bahasa Melayu
Tidakkah aku melarang kalian bertelanjang? Sesungguhnya bersama kalian suatu makhluk yang tidak akan meninggalkan kalian sama ada ketika kaliam tidur mahupun ketika sedar, melainkan ketika kalian sedang melakukan jimak atau ketika kalian masuk ke bilik air. Tidakkah kalian malu dengannya? maka muliakanlah ia.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis no. 8150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن ثابت - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ألم أنهكم عن التعري؟ ! إن معكم من لا يفارقكم في نوم ولا يقظة، إلا حين يأتي أحدكم أهله، أوحين يأتي الخلاء، ألا فاستحيوا لها فأكرموها)). [هب، ((الضعيفة)) (2300)].
(Lemah) Daripada Zaid bin Thabit RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidakkah aku melarang kalian bertelanjang? Sesungguhnya bersama kalian suatu makhluk yang tidak akan meninggalkan kalian sama ada ketika kaliam tidur mahupun ketika sedar, melainkan ketika kalian sedang melakukan jimak atau ketika kalian masuk ke bilik air. Tidakkah kalian malu dengannya? maka muliakanlah ia.)) [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2300].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman