Rasulullah SAW melarang sesuatu yang dahulunya bermanfaat buat kami. Perintah Rasulullah kami taat sepenuhnya

TEKS BAHASA ARAB

نهانا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن أمر كان لنا نافعاً، وأمر رسول الله على الرأس والعين، نهانا أن نعمل الأرض ببعض ‌خراجها، وبورق منقودة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang sesuatu yang dahulunya bermanfaat buat kami. Perintah Rasulullah kami taat sepenuhnya. Baginda melarang kami mengerjakan tanah dengan (bayaran sewaan tanah) hasil buminya, juga dengan duit perak yang tunai.

STATUS

Munkar dengan lafaz yang menyebut al-Wariq

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611, hadis nombor 3176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الورق) عن ابن رافع بن خديج – رضي الله عنه -، قال: ((نهانا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن أمر كان لنا نافعاً، وأمر رسول الله على الرأس والعين، نهانا أن نعمل الأرض ببعض ‌خراجها، وبورق منقودة)). [طب، ((الضعيفة)) (3989)].

(Munkar dengan lafaz yang menyebut al-Wariq)
Daripada Rafi’ bin Khadij RA berkata: Rasulullah SAW melarang sesuatu yang dahulunya bermanfaat buat kami. Perintah Rasulullah kami taat sepenuhnya. Baginda melarang kami mengerjakan tanah dengan (bayaran sewaan tanah) hasil buminya, juga dengan duit perak yang tunai..
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3989].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs