(Rasulullah SAW) melarang seseorang untuk bersetubuh bersama isterinya di dalam keadaan di dalam rumah itu ada orang

TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يجامع الرجل أهله وفي البيت معه أنيس، حتى الصبي في المهد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Rasulullah SAW) melarang seseorang untuk bersetubuh bersama isterinya di dalam keadaan di dalam rumah itu ada orang, walaupun seorang bayi di dalam buaian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis nombor 1250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -، قال: ((نهى أن يجامع الرجل أهله وفي البيت معه أنيس، حتى الصبي في المهد)). [الخرائطي في مساوئ الأخلاق، ((الضعيفة)) (6341)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA beliau berkata: (Rasulullah SAW) melarang seseorang untuk bersetubuh bersama isterinya di dalam keadaan di dalam rumah itu ada orang, walaupun seorang bayi di dalam buaian.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Masawi’ al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6341]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs