TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – أن يصافح المشركون، أو يكنوا، أو يرحب بهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melarang tangan golongan musyrik dijabat, atau mereka diberikan kuniyah atau diraikan dengan mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis nombor 1136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – أن يصافح المشركون، أو يكنوا، أو يرحب بهم)). [حل، ((الضعيفة)) (4705)]
(Palsu)
Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang tangan golongan musyrik dijabat, atau mereka diberikan kuniyah atau diraikan dengan mereka.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4705]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.