Rasulullah SAW melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di bawah pokok

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى صلى الله عليه وسلم أن يتخلى رجل تحت شجرة مثمرة، ونهى أن يتخلى الرجل على ضفة نهر جار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di bawah pokok yang berbuah serta melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di tepian sungai yang mengalir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis nombor 459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم أن يتخلى رجل تحت شجرة مثمرة، ونهى أن يتخلى الرجل على ضفة نهر جار.
[عق، حل، ((الضعيفة)) (4707)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Rasulullah SAW melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di bawah pokok yang berbuah serta melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di tepian sungai yang mengalir.”
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4707]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.