Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى صلى الله عليه وسلم أنْ يَتَخَلَّى رجلٌ تحتَ شجرةٍ مُثْمِرَةٍ، ونَهَى أنْ يَتَخَلَّى الرجلُ على ضَفَّةِ نهرٍ جارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di bawah pokok yang berbuah serta melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di tepian sungai yang mengalir.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis no. 459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم أن يتخلى رجل تحت شجرة مثمرة، ونهى أن يتخلى الرجل على ضفة نهر جار. [عق، حل، ((الضعيفة)) (4707)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Rasulullah SAW melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di bawah pokok yang berbuah serta melarang seorang lelaki untuk melepaskan hajatnya di tepian sungai yang mengalir.” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4707]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman