Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى - صلى الله عليه وسلم - أنْ يُشارَ إلى المَطَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang perbuatan menunjuk (dengan tangan atau jari) ke arah hujan (semasa ia sedang turun).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis no. 1135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((نهى - صلى الله عليه وسلم - أن يشار إلى المطر)). [هق، ((الضعيفة)) (4710)]
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang perbuatan menunjuk (dengan tangan atau jari) ke arah hujan (semasa ia sedang turun). [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4710]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman