Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صِيَامِ رجب كُلِّه.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang perbuatan berpuasa penuh sepanjang bulan Rejab.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1146, hadis no. 5795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما قال: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم - عن صيام رجب كله. [هـ، طب، الضعيفة (4728)]
(Sangat lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW melarang perbuatan berpuasa penuh sepanjang bulan Rejab. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4728]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman