TEKS BAHASA ARAB
نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم –عن الصلاة في السراويل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melarang menunaikan solat dengan memakai seluar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis nombor 8233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: ((نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم –عن الصلاة في السراويل)). [عق، خط، ((الضعيفة)) (4721)].
(Lemah)
Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang menunaikan solat dengan memakai seluar.
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4721].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.