Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى رسول الله - صلى الله عليه وسلم –عن الصلاةِ في السَرَاوِيْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang menunaikan solat dengan memakai seluar.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis no. 8233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: ((نهى رسول الله - صلى الله عليه وسلم –عن الصلاة في السراويل)). [عق، خط، ((الضعيفة)) (4721)].
(Lemah) Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang menunaikan solat dengan memakai seluar. [Riwayat al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4721].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman