Rasulullah SAW melarang menceritakan mimpi kepada kaum wanita

TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نقص الرؤيا على النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang menceritakan mimpi kepada kaum wanita.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 235, hadis nombor 181. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر جداً.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 126/ 2) ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (3/ 70) من طريق عبد الملك بن مهران عن عبد الوارث عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة فذكرته. قال العقيلي: عبد الملك بن مهران صاحب مناكير غلب على حديثه الوهم لا يقيم شيئاً من الحديث. وهذا الحديث ليس له أصل ولا يعرف من وجه يصح. أهـ‍.
وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لعائشة: أريتك في المنام مرتين: إذا رجل يحملك في سرقة من حرير فيقول: هذه امرأتك فأكشفها فإذا هي أنت فأقول: إن يكن هذا من عند الله يمضه. أخرجه البخاري (12/ 399، 400) ومسلم (15/ 202- نووي) وأحمد (6/ 41، 138، 161).
فهذا يدل على نكارة حديث الباب.

Munkar Jiddan (terlalu munkar). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 126/2), juga Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/70) melalui sanad al-‘Uqaili, daripada ‘Abdul Malik bin Mihran daripada ‘Abdul Warith dairpada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada ‘Aishah, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-‘Uqaili berkata: "Abdul Malik bin Mihran pemilik riwayat-riwayat Munkar, kebanyakan hadithnya adalah diriwayatkan secara keliru, tidak ada satu pun yang betul. Hadith ini tidak ada asalnya dan tidak diketahui melalui sanad yang sahih".
Maka telah thabit bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada ‘Aishah: "Aku pernah melihat kamu dalam mimpi sebanyak 2 kali, seseorang sedang membawamu dalam potongan kain sutera, lalu dia pun berkata: Ini adalah isterimu. Aku pun membukanya, lalu aku melihat engkau, lalu aku pun berkata: "Jika mimpi ini daripada Allah, maka Dia akan merealisasikannya". Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (12/399, 400), Muslim (15/202 – Nawawi), Ahmad (6/41, 138, 161). Ini menunjukkan hadith dalam bab ini adalah Munkar.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs