Rasulullah SAW melarang memakai sutera, emas yang tidak dipotong, kulit harimau, dan makan daripada bekas perak, serta menghimpunkan haji dan umrah

TEKS BAHASA ARAB

كنت في ملأ من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عند معاوية، فقال معاوية: أنشدكم الله؛ أتعلمون أن رسول الله نهى عن لبس الحرير؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن لبس الذهب إلا مقطعا؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن ركوب النمور؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن الشرب في آنية الفضة؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن جمع بين حجّ وعمرة؟ قالوا: أمّا هذا، فلا، قال: أما إنها معهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berada bersama dengan sekumpulan sahabat Rasulullah SAW di sisi Mu’awiyah. Mu’awiyah berkata: Aku memberikan peringatan Allah kepada kamu. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai emas melainkan dipotong? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menunggang harimau (atau menggunakan kulit harimau sebagai alas)? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang minum daripada bekas perak? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menghimpunkan antara haji dan umrah? Mereka menjawab: Adapun ini tidak. Katanya lagi: Sesungguhnya ia (larangan ini datang) bersama yang lainnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis nombor 8235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي شيخ الهنائي قال: ((كنتُ في ملأ من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عند معاوية، فقال معاوية: أنشدكم الله؛ أتعلمون أن رسول الله نهى عن لبس الحرير؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن لبس الذهب إلا مقطعا؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن ركوب النمور؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن الشرب في آنية الفضة؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن جمع بين حجّ وعمرة؟ قالوا: أمّا هذا، فلا، قال: أما إنها معهن)) [د، ن، الطحاوي في ((مشكل الآثار))، حم، طب، ((الضعيفة)) (4722)].

(Lemah)
Daripada Abu Shyakh al-Hana’I beliau berkata: "Aku berada bersama dengan sekumpulan sahabat Rasulullah SAW di sisi Mu’awiyah. Mu’awiyah berkata: Aku memberikan peringatan Allah kepada kamu. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai emas melainkan dipotong? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menunggang harimau (atau menggunakan kulit harimau sebagai alas)? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang minum daripada bekas perak? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menghimpunkan antara haji dan umrah? Mereka menjawab: Adapun ini tidak. Katanya lagi: Sesungguhnya ia (larangan ini datang) bersama yang lainnya."
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, al-Nasa’ie dalam Sunannya, al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4722].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs