Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنتُ في ملأ من أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم - عند معاوية، فقال معاوية: أنشدكم الله؛ أتعلمون أن رسول الله نهى عن لبس الحرير؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن لبس الذهب إلا مقطعا؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن ركوب النمور؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن الشرب في آنية الفضة؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله نهى عن جمع بين حجّ وعمرة؟ قالوا: أمّا هذا، فلا، قال: أما إنها معهن.
Teks Bahasa Melayu
Aku berada bersama dengan sekumpulan sahabat Rasulullah SAW di sisi Mu’awiyah. Mu’awiyah berkata: Aku memberikan peringatan Allah kepada kamu. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai emas melainkan dipotong? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menunggang harimau (atau menggunakan kulit harimau sebagai alas)? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang minum daripada bekas perak? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menghimpunkan antara haji dan umrah? Mereka menjawab: Adapun ini tidak. Katanya lagi: Sesungguhnya ia (larangan ini datang) bersama yang lainnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis no. 8235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Shyakh al-Hana’I beliau berkata: "Aku berada bersama dengan sekumpulan sahabat Rasulullah SAW di sisi Mu’awiyah. Mu’awiyah berkata: Aku memberikan peringatan Allah kepada kamu. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai emas melainkan dipotong? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menunggang harimau (atau menggunakan kulit harimau sebagai alas)? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang minum daripada bekas perak? Mereka menjawab: Demi Allah! Benar. Katanya lagi: Dan aku bersaksi. Adakah kamu mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menghimpunkan antara haji dan umrah? Mereka menjawab: Adapun ini tidak. Katanya lagi: Sesungguhnya ia (larangan ini datang) bersama yang lainnya." [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, al-Nasa’ie dalam Sunannya, al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4722].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman