TEKS BAHASA ARAB
نهاني أن أتختم في هذه وهذه. يعني: الخنصر والإبهام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah melarangku memakai cincin pada ini dan ini, iaitu: Di jari kelingking dan ibu jari.
STATUS
Syaz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis nombor 8250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بهذا اللفظ) عن علي – رضي الله عنه-، قال: ((نهاني أن أتختم في هذه وهذه. يعني: الخنصر والإبهام)). [هــ، ((الضعيفة)) (5499)].
(Syaz dengan lafaz ini)
Daripada Ali RA beliau berkata: Rasulullah melarangku memakai cincin pada ini dan ini, iaitu: Di jari kelingking dan ibu jari.
[Riwayat Sunan Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5499].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.