TEKS BAHASA ARAB
نهى أن تترك القمامة في الحجرة؛ فإنها مجلس الشيطان، وأن يترك المنديل الذي يمسح به من الطعام في البيت، وأن يجلس على الولايا أو يضطجع عليها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melarang dibiarkan sampah di dalam rumah. Kerana ia merupakan tempat duduk syaitan. (Baginda juga melarang) ditinggalkan kain yang disapu makanan dengannya di dalam rumah. (Serta baginda melarang) seseorang duduk atau berbaring di atas walaya (kain yang diletakkan di belakang unta).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis nombor 1107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((نهى أن تترك القمامة في الحجرة؛ فإنها مجلس الشيطان، وأن يترك المنديل الذي يمسح به من الطعام في البيت، وأن يجلس على الولايا أو يضطجع عليها)). [عب، ((الضعيفة)) (4332)]
(Sangat Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW melarang dibiarkan sampah di dalam rumah. Kerana ia merupakan tempat duduk syaitan. (Baginda juga melarang) ditinggalkan kain yang disapu makanan dengannya di dalam rumah. (Serta baginda melarang) seseorang duduk atau berbaring di atas walaya (kain yang diletakkan di belakang unta).
[Riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4332]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.