Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى أن تُتْرَك القُمَامَةُ في الحُجْرةِ؛ فإنها مَجلِسُ الشيطانِ، وأن يُتْرَك المِنديلُ الذي يُمسَحُ به مِنَ الطعامِ في البيتِ، وأن يُجلَسَ على الوَلَايا أو يُضْطَجَعَ عليها.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang dibiarkan sampah di dalam rumah. Kerana ia merupakan tempat duduk syaitan. (Baginda juga melarang) ditinggalkan kain yang disapu makanan dengannya di dalam rumah. (Serta baginda melarang) seseorang duduk atau berbaring di atas walaya (kain yang diletakkan di belakang unta).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis no. 1107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((نهى أن تترك القمامة في الحجرة؛ فإنها مجلس الشيطان، وأن يترك المنديل الذي يمسح به من الطعام في البيت، وأن يجلس على الولايا أو يضطجع عليها)). [عب، ((الضعيفة)) (4332)]
(Terlalu Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW melarang dibiarkan sampah di dalam rumah. Kerana ia merupakan tempat duduk syaitan. (Baginda juga melarang) ditinggalkan kain yang disapu makanan dengannya di dalam rumah. (Serta baginda melarang) seseorang duduk atau berbaring di atas walaya (kain yang diletakkan di belakang unta). [Riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4332]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman