Rasulullah SAW melarang daripada mengahwini jin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى – صلى الله عليه وسلم – عن نكاح الجن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang daripada mengahwini jin.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis nombor 5017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الزهري، قال: نهى – صلى الله عليه وسلم – عن نكاح الجن. [حرب الكرماني في ((مسائله عن أحمد))، ((الضعيفة)) (6559)].

(Munkar)
Daripada al-Zuhri berkata: “Rasulullah SAW melarang daripada mengahwini jin”.
[Riwayat Harb al-Kirmaniyy dalam Masailihi ‘an Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6559]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.