Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW melarang dari memakai senjata pada dua hari raya

Teks Bahasa Arab

نَهَى أَنْ يُلْبسَ السِّلَاحُ فِي بِلَادِ الإِسْلَامِ فِي الْعَيْدَيْنِ؛ إِلَّا أَنْ يَكُونُوا بِحَضْرَةِ العَدُوِّ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW melarang dari memakai senjata pada dua hari raya di negara-negara Islam, melainkan sekiranya mereka berhadapan dengan musuh.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis no. 1212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((نهى أن يلبس السلاح في بلاد الإسلام في العيدين؛ إلا أن يكونوا بحضرة العدو)). [ه، ((الضعيفة)) (5654)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang dari memakai senjata pada dua hari raya di negara-negara Islam, melainkan sekiranya mereka berhadapan dengan musuh. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5654]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.