Rasulullah SAW melarang berjalan dengan memakai sebelah kasut atau sebelah selipar

TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يمشى في نعل واحد، أو خف واحد، ويبيت في دار وحده، أو أَوْ ينْتقص في براز من الأرض إلا أن ينحني، أو يلقى عدوا إلا أن ينحي عن نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang berjalan dengan memakai sebelah kasut atau sebelah selipar, tinggal di rumah bersendirian, atau membuang air besar di tanah lapang kecuali dalam keadaan membongkok, atau terserempak dengan musuh melainkan dia menjauhkan diri daripadanya (tidak menimbulkan masalah).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1640, hadis nombor 8295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم -أن يمشى في نعل واحد، أو خف واحد، ويبيت في دار وحده، أو ينْتقص في براز من الأرض إلا أن ينحني، أو يلقى عدوا إلا أن ينحي عن نفسه)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (6005)]

(Palsu keseluruhannya)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW melarang berjalan dengan memakai sebelah kasut atau sebelah selipar, tinggal di rumah bersendirian, atau membuang air besar di tanah lapang kecuali dalam keadaan membongkok, atau terserempak dengan musuh melainkan dia menjauhkan diri daripadanya (tidak menimbulkan masalah).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6005].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs