Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهى أن يُمشى في نَعْلٍ واحدٍ، أو خُفٍّ واحدٍ، ويَبِيْتَ في دارٍ وَحْدَه، أوأَوْ يَنْتَقِصَ في بَرازٍ من الأرضِ إلا أن يَنْحَنِي، أو يَلْقَى عَدُوّاً إلا أن يُنَحِّي عن نَفْسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang berjalan dengan memakai sebelah kasut atau sebelah selipar, tinggal di rumah bersendirian, atau membuang air besar di tanah lapang kecuali dalam keadaan membongkok, atau terserempak dengan musuh melainkan dia menjauhkan diri daripadanya (tidak menimbulkan masalah).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1640, hadis no. 8295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس - رضي الله عنهما-، قال: ((نهى - صلى الله عليه وسلم -أن يمشى في نعل واحد، أو خف واحد، ويبيت في دار وحده، أو ينْتقص في براز من الأرض إلا أن ينحني، أو يلقى عدوا إلا أن ينحي عن نفسه)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (6005)]
(Palsu keseluruhannya) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW melarang berjalan dengan memakai sebelah kasut atau sebelah selipar, tinggal di rumah bersendirian, atau membuang air besar di tanah lapang kecuali dalam keadaan membongkok, atau terserempak dengan musuh melainkan dia menjauhkan diri daripadanya (tidak menimbulkan masalah). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6005].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman