Rasulullah SAW melarang apabila diajak seorang lelaki kepada hidangan makanan, kemudian dia mengajak seseorang yang lain untuk bersamanya

TEKS BAHASA ARAB

كان ينهى إذا دعي الرجل إلى الطعام أن يدعو معه أحدا إلا أن يأمره أهل الطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang apabila diajak seorang lelaki kepada hidangan makanan, kemudian dia mengajak seseorang yang lain untuk bersamanya. Melainkan pemilik makanan mengarahkannya untuk berbuat demikian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis nombor 1079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه -، قال: ((كان ينهى إذا دعي الرجل إلى الطعام أن يدعو معه أحداً إلا أن يأمره أهل الطعام)). [البزار، ((الضعيفة)) (3428)]

(Lemah)
Daripada Samurah bin Jundub RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang apabila diajak seorang lelaki kepada hidangan makanan, kemudian dia mengajak seseorang yang lain untuk bersamanya. Melainkan pemilik makanan mengarahkannya untuk berbuat demikian.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3428]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs