Rasulullah SAW melarang 10 perkara

TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عشر: الوشر والوشم والنتف وعن مكامعة الرجل الرجل بغير شعار، ومكامعة المرأة المرأة بغير شعار وأن يجعل الرجل في أسفل ثيابه حريرا مثل الأعاجم وأن يجعل على منكبيه حريرا مثل الأعاجم وعن النهبى وركوب النمور، ولبس الخاتم؛ إلا لذي سلطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang 10 perkara: al-Wisyr (mencantikkan gigi), al-Wasym (melukis tatu di badan), al-Natf (mencabut bulu kening), lelaki berpelukan dengan lelaki tanpa pakaian, wanita berpelukan dengan wanita tanpa pakaian, seorang lelaki menjadikan bahagian paling bawah pakaiannya dari sutera seperti yang dipakai oleh orang bukan Arab, dan diletakkan di atas kedua bahunya seperti orang bukan Arab, barang rampasan, menunggang harimau, memakai cincin kecuali oleh orang yang mempunyai kekuasaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 826, hadis nombor 4244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ريحانة –رضي الله عنه-، قال: ((نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عشر: عن الوشر، والوشم، والنتف، وعن مكامعة الرجل الرجل بغير شعار، ومكامعة المرأة للمرأة بغير شعار، وأن يجعل الرجل في أسفل ثيابه حريرا مثل الأعاجم، و يجعل على منكبيه حريرا مثل الأعاجم، وعن النهبى، وركوب النمور، ولبس الخاتم؛ إلا لذي سلطان)).
[د، ن، -مختصرا-، هق، حم، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6539)]

(Lemah) Daripada Abu Raihanah RA berkata: Rasulullah SAW melarang 10 perkara: al-Wisyr (mencantikkan gigi), al-Wasym (melukis tatu di badan), al-Natf (mencabut bulu kening), lelaki berpelukan dengan lelaki tanpa pakaian, wanita berpelukan dengan wanita tanpa pakaian, seorang lelaki menjadikan bahagian paling bawah pakaiannya dari sutera seperti yang dipakai oleh orang bukan Arab, dan diletakkan di atas kedua bahunya seperti orang bukan Arab, barang rampasan, menunggang harimau, memakai cincin kecuali oleh orang yang mempunyai kekuasaan.
[Riwayat Sunan Abi Daud, Sunan Nasa’i (secara ringkas), al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Musnad Ahmad bin Hanbal dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6539]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs