Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عن عشرٍ عنِ الوشْرِ والوشمِ والنَّتفِ وعن مُكامعةِ الرَّجلِ الرَّجلَ بغيرِ شعارٍ وعن مُكامعةِ المرأةِ المرأةَ بغيرِ شعارٍ وأن يجعلَ الرَّجلُ في أسفلِ ثيابِهِ حريرًا مثلَ الأعاجمِ أو يجعلَ علَى منكبيهِ حريرًا مثلَ الأعاجمِ وعنِ النُّهبى ورُكوبِ النُّمورِ ولبوسِ الخاتمِ إلَّا لذي سلطانٍ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melarang 10 perkara: al-Wisyr (mencantikkan gigi), al-Wasym (melukis tatu di badan), al-Natf (mencabut bulu kening), lelaki berpelukan dengan lelaki tanpa pakaian, wanita berpelukan dengan wanita tanpa pakaian, seorang lelaki menjadikan bahagian paling bawah pakaiannya dari sutera seperti yang dipakai oleh orang bukan Arab, dan diletakkan di atas kedua bahunya seperti orang bukan Arab, barang rampasan, menunggang harimau, memakai cincin kecuali oleh orang yang mempunyai kekuasaan.
Sahabat Perawi
- Abu Raihanah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 826, hadis no. 4244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ريحانة –رضي الله عنه-، قال: ((نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عشر: عن الوشر، والوشم، والنتف، وعن مكامعة الرجل الرجل بغير شعار، ومكامعة المرأة للمرأة بغير شعار، وأن يجعل الرجل في أسفل ثيابه حريرا مثل الأعاجم، و يجعل على منكبيه حريرا مثل الأعاجم، وعن النهبى، وركوب النمور، ولبس الخاتم؛ إلا لذي سلطان)). [د، ن، -مختصرا-، هق، حم، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6539)]
(Lemah) Daripada Abu Raihanah RA berkata: Rasulullah SAW melarang 10 perkara: al-Wisyr (mencantikkan gigi), al-Wasym (melukis tatu di badan), al-Natf (mencabut bulu kening), lelaki berpelukan dengan lelaki tanpa pakaian, wanita berpelukan dengan wanita tanpa pakaian, seorang lelaki menjadikan bahagian paling bawah pakaiannya dari sutera seperti yang dipakai oleh orang bukan Arab, dan diletakkan di atas kedua bahunya seperti orang bukan Arab, barang rampasan, menunggang harimau, memakai cincin kecuali oleh orang yang mempunyai kekuasaan. [Riwayat Sunan Abi Daud, Sunan Nasa’i (secara ringkas), al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Musnad Ahmad bin Hanbal dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6539]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman