Rasulullah SAW melalui sebuah jalan dan seorang wanita berkulit hitam melalui jalan yang sama

TEKS BAHASA ARAB

مَرَّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في طريق ومرت امرأة سوداء فقال لها رجل : الطريق فقالت : الطريق ثَمَّ فقال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعُوها فإنها جَبَّارة. يعني: امرأةً لم تأخُذْ حافةَ الطريقِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melalui sebuah jalan dan seorang wanita berkulit hitam melalui jalan yang sama. Maka seorang lelaki berkata kepada wanita itu: Sila berikan laluan. Wanita itu berkata: Jalan di sana! Maka Nabi SAW telah bersabda: Biarkan dia, sesungguhnya dia seorang perempuan yang keras. Iaitu Wanita yang tidak mahu melalui tepi jalan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 127, hadis nombor 648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: مَرَّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في طريق ومرت امرأة سوداء فقال لها رجل : الطريق فقالت : الطريق ثَمَّ فقال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعُوها فإنها جَبَّارة. يعني: امرأةً لم تأخُذْ حافةَ الطريقِ. [طس، حل، الضعيفة (6101)]

(Lemah) Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW melalui sebuah jalan dan seorang wanita berkulit hitam melalui jalan yang sama. Maka seorang lelaki berkata kepada wanita itu: Sila berikan laluan. Wanita itu berkata: Jalan di sana! Maka Nabi SAW telah bersabda: Biarkan dia, sesungguhnya dia seorang perempuan yang keras. Iaitu Wanita yang tidak mahu melalui tepi jalan. [Diriwayatkan oleh Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’, Al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6101]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs