Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَرَّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في طريق؛ ومرت امرأة سوداء، فقال لها رجل : الطريق، فقالت : الطريق ثَمَّ ! فقال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((دَعُوها فإنها جَبَّارة)). يعني: امرأةً لم تأخُذْ حافةَ الطريقِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW melalui sebuah jalan dan seorang wanita berkulit hitam melalui jalan yang sama. Maka seorang lelaki berkata kepada wanita itu: Sila berikan laluan. Wanita itu berkata: Jalan di sana! Maka Nabi SAW telah bersabda: Biarkan dia, sesungguhnya dia seorang perempuan yang keras. Iaitu Wanita yang tidak mahu melalui tepi jalan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 127, hadis no. 648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: مَرَّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في طريق ومرت امرأة سوداء فقال لها رجل : الطريق فقالت : الطريق ثَمَّ فقال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعُوها فإنها جَبَّارة. يعني: امرأةً لم تأخُذْ حافةَ الطريقِ. [طس، حل، الضعيفة (6101)]
(Daif) Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW melalui sebuah jalan dan seorang wanita berkulit hitam melalui jalan yang sama. Maka seorang lelaki berkata kepada wanita itu: Sila berikan laluan. Wanita itu berkata: Jalan di sana! Maka Nabi SAW telah bersabda: Biarkan dia, sesungguhnya dia seorang perempuan yang keras. Iaitu Wanita yang tidak mahu melalui tepi jalan. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’, Al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6101]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman