Rasulullah SAW melaknat pondan iaitu lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki

TEKS BAHASA ARAB

لعن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء، والمترجلات من النساء المتشبهات بالرجال، والمتبتلين من الرجال؛ الذي يقول: لا يتزوج، والمتبتلات اللائي يقلن ذلك، وراكب الفلاة وحده. فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حتى استبان ذلك في وجوههم، وقال: [و] البائت وحده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melaknat pondan iaitu lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki, serta orang bujang yang berkata: “Kami tidak mahu berkahwin” dan anak dara yang berkata seperti itu dan juga penjelajah (pelancong) gurun yang luas seorang diri. Hal ini amat menakutkan terhadap sahabat Rasulullah SAW sehingga jelas (kerisauan) pada wajah mereka. Baginda kemudian bersabda lagi: Begitu juga seseorang yang berada di rumah seorang diri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1631, hadis nombor 8244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: ((لعنََ رسولُ الله – صلى الله عليه وسلم – مُخَنَّثَي الرِّجال الذين يَتشبَّهُون بالنساءِ، والمترجِّلات من النساء المتشبهاتِ بالرجالِ، والمتبتِّلين من الرجال؛ الذي يقول: لا يتزوجُ، والمتبتلات اللائي يقلنَ ذلك، وراكبَ الفَلاةِ وحدَه. فاشتدَّ ذلك على أصحابِ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حتى استَبَانَ ذلك في وُجُوهِهِم، وقال: [و] البائتَ وحدَهُ)). [حم، تخ، عق، ((الضعيفة)) (5251)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW melaknat pondan iaitu lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki, serta orang bujang yang berkata: “Kami tidak mahu berkahwin” dan anak dara yang berkata seperti itu dan juga penjelajah (pelancong) gurun yang luas seorang diri. Hal ini amat menakutkan terhadap sahabat Rasulullah SAW sehingga jelas (kerisauan) pada wajah mereka. Baginda kemudian bersabda lagi: ((Begitu juga seseorang yang berada di rumah seorang diri.))
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr dan al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5251].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs